Dah berapa hari aku tidak post kan apa2 kan..
sejak dari peristiwa tersebut..
entahla..aku rasa janggal dengan semua ini..
aku seolah-olah hikpokrit dengan diriku sendiri..
aku rindu pada perkara yang tidak pasti..
semuanya datang dengan tetiba2 dan semuanya hilang sekelip mata...
sehingga meninggalkan kesan yang amat dalam sekali dalam hatiku..
aku tidak perlu menyalahkan takdir untuk semua ini..
mungkin ini peluang bagiku untuk mengenal hati seorang insan yang bernama lelaki..
tidak perlu kuratapi lagi andai ini dapat menyiat hatiku..
walaupun ianya amat sukar untukku buang dari kotak fikiranku..
sehingga menumpahkan air mataku hanya pada sesuatu kekecewaan..
namun tidak akan aku sia2kan hidup ini..
aku mesti bangun untuk membina keyakinan diri...
Sejak beberapa hari ini kesihatanku agak terjejas..
terasa sakit di dadaku dan pening kepala yang membuatkan konsentrasiku terhadap pelajaran agak terganggu...
ditambah pula aku adalah diantara yang mereka yang menghadapi masalah imsonia(masalah ganguan tido)...
entahla apa punca, memandangkan cuaca yang sentiasa panas mungkin dek kerana dosa yang dicipta oleh manusia itu sendiri ..
mungkin juga aku antara salah seorang penyebabnya...
sakitku juga mungkin boleh dkaitkan tekanan-tekanan dengan tugasan ataupun masalah hati yang dilanda walang...
tapi sesuatu yang masih menjadi tanya pada diri sehingga saat ini apa yang menyebabkan insan itu keliru denganku..
Tambahan lagi minggu ini merupakan minggu test..
terlalu banyak test..
dan kesemuanya dijalankan pada hari yang berturut2..
penat sangat rasa badan ini..
Walau macam mana pun berusaha k..
rugi kalau mempersia-siakan hidup macam tue je kan..
bak kata salah seorang pakar motivasi sayangi diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain...
aku kuat untuk menghadapi semua ini..huhuhu