Friday, 9 April 2010

BiArKan iAnYA BeRLalu


Alhamdullillah...
segalanya terjawab jgak akhirnya..
biarlah jawapan tersebut menjadi rahsia diari hatiku..
walaupun sakit di hati hanya Allah saja yang tahu..
walau cuba aku tahan air mata ini dari tumpah mengetahui hal yang sebenar..
namun ia tertumpah jgak..mungkin itu dpat mngurangkan beban di hati...


kekelas pagi kelmarin pun semua kawan-kawan sekuliah memandang kearahku...
melihatkan mataku yang agak sembam..
haishh...sungguh memalukan diri sendiri..
tipulah mereka tidak dapat mengesan riak wajahku yang bergaris duka...
ada yang sampai berkali-kali memusing kearahku pun ada..(bley plak camtue kan...ish3)
sekarang nie aku kena berusaha lupakan insan tersebut...
no fb..no ym...(just for a moment, coz i'm try to forget that guy)
siyes..tidak ada dendam...tidak ada benci..
yang ada cuma kekecewaan dan ingatan terhadap insan tersebut sahaja..
aku sentiasa memaafkannya cuma kesan dihati yang belum hilang..
dan juga rasa terkilan di sebabkan kesimpulan yang dibuat..
biarlah masa yang menentukan semua...

now i should focus more on study...(yupz..final just a round the corner..get ready gurl)
i don't want to destroy my future coz of my miserable..
thats not fair for myself right!..
ermm..don't let it happen k..
before we love others...
love ourselves first...
appreciate what we've..(just to motivate myself..huhu..)

dulu ak selalu cakap..
eii asal la nk bercinta-cinta segala diorg nie...
bukannya boleh bhgia sngt pon nnt..
mayb bahgia sementara je kowt..
(cam kata-kata yang aku pernah dengar..bahgia itu milik Allah..bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik...)
klu kawen nnt xrmai yg kekal..
tgk jela peratus perkahwinan yang kekal sebab bercinta sebelum kahwin..
terlalu kecil nisbahnya...
tiap-tiap hari ada jew cerita...
si pulan si pulan nie dah bercerai...
macam seorang lecturer aku pernah katakan...
bila ketika couple tue kita buat maksiat..Allah akan taruh syak wasangka terhadap pasangan tersebut..tue sbb rmai yg bercinta sebelum kawen nie bnyak sngat msalahnya slpas kawen...

aku pun xnak bercinta-cinta nie..
tapi dah takdir untuk aku agaknya..
even aku xnk couple2..
aku terjatuh cinta tanpa aku sedar terhadap insan tersebut..
then episod duka silih berganti..
tp aku tidak pernah menyesal dengan semua ini..
aku terima semua ini dengan hati yang terbuka..
but now i just need time to forget all those kind of things..(i hope)
tapi aku xrse ianya semudah itu..(just keep it in my memory)
atleast i still know who am i..
aku tidak akan buat benda-benda bodoh nie..(InsyaAllah)

(forgive and forget...that the best way..forgive i think no prob..forget i don't think so but i'll try)






Monday, 5 April 2010

aNGKa SuDah bErubah...



Pada tanggal 4 April 2010 tempoh hari,maka genaplah umurku 21 tahun. Terima kasih kepada saudara-saudaraku , sahabat-sahabat dan juga rakan-rakan yang mendoakan aku di hari lahirku..aku amat menghargai setiap ucapan dan doa kalian. Semuanya bagaikan mimpi belaka..masih tergiang-giang lagi ketika zaman kanak-kanakku yang tidak perlu dibebani masalah hanya berfikir untuk bermain-main, bersuka-suka bersama rakan-rakan sepermainan, setiap kemahuanku hanya di depan mata tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan sesuatu..tp kini semakin bertambah usia semakin banyak yang perlu difikirkan ditambahkan lagi dengan masalah yang datang dan pergi..kehidupan semakin mencabar dan ditambah lagi dengan fitnah-fitnah dunia yang bakal aku tempuhi..terkadang tersasar jugak aku tanpa aku sedari..
(Ya Allah, please guide my steps don't let me go astray)


Bila difikir kembali betapa cepatnya masa berlalu..betapa sibuknya aku dengan kehidupan dunia.. usia yang semakin menginjak..ini bermakna kematian juga semakin menghampiri kita..walhal kematian tidak pernah mengenal usia..bila tiba masanya kita bakal dijemput menghadap illahi..hanya bekalan pahala sahaja yang dapat membantu kita..tapi banyak mana la sangat pahala yang aku buat..atau dosa sahaja yang banyak aku cipta..bukan untuk meratap hari kematian tetapi hanya sebagai elemen memuhasabahkan diri bagi mendekatkan lagi diri kita dengan maha Pencipta..


Aku punya cita-cita, dengan bertambahnya usiaku ini..aku berharap agar aku menjadi lebih matang dalam setiap perbuatanku, menjadi muslimah yang berjaya dan juga sentiasa mahu berubah demi kebaikan dan jauhkanlah aku dari hiburan dunia yang melalaikan diriku ini..andai suatu hari nanti aku berjaya menjadi seorang jurutera, jadikanlah aku jurutera yang beriman di jalanmu..andai suatu hari nanti aku menjadi isteri kepada insan bernama lelaki jadikan lah aku isteri yang taat kepada suami iaitu isteri solehah..andai suatu hari nanti aku menjadi ibu..jadikan lah aku ibu yang berjaya mendidik anak-anakku ke jalanMu Ya Allah..iaitu ibu mithali..tetapi yang pasti Engkau jadikan lah aku anak yang solehah yang taat kepada ibu bapanya.. dan hamba yang diredhai Mu Ya Allah..dalam erti kata yang lain Muslimah yang berjaya didunia dan akhirat..