Monday, 5 April 2010

aNGKa SuDah bErubah...



Pada tanggal 4 April 2010 tempoh hari,maka genaplah umurku 21 tahun. Terima kasih kepada saudara-saudaraku , sahabat-sahabat dan juga rakan-rakan yang mendoakan aku di hari lahirku..aku amat menghargai setiap ucapan dan doa kalian. Semuanya bagaikan mimpi belaka..masih tergiang-giang lagi ketika zaman kanak-kanakku yang tidak perlu dibebani masalah hanya berfikir untuk bermain-main, bersuka-suka bersama rakan-rakan sepermainan, setiap kemahuanku hanya di depan mata tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan sesuatu..tp kini semakin bertambah usia semakin banyak yang perlu difikirkan ditambahkan lagi dengan masalah yang datang dan pergi..kehidupan semakin mencabar dan ditambah lagi dengan fitnah-fitnah dunia yang bakal aku tempuhi..terkadang tersasar jugak aku tanpa aku sedari..
(Ya Allah, please guide my steps don't let me go astray)


Bila difikir kembali betapa cepatnya masa berlalu..betapa sibuknya aku dengan kehidupan dunia.. usia yang semakin menginjak..ini bermakna kematian juga semakin menghampiri kita..walhal kematian tidak pernah mengenal usia..bila tiba masanya kita bakal dijemput menghadap illahi..hanya bekalan pahala sahaja yang dapat membantu kita..tapi banyak mana la sangat pahala yang aku buat..atau dosa sahaja yang banyak aku cipta..bukan untuk meratap hari kematian tetapi hanya sebagai elemen memuhasabahkan diri bagi mendekatkan lagi diri kita dengan maha Pencipta..


Aku punya cita-cita, dengan bertambahnya usiaku ini..aku berharap agar aku menjadi lebih matang dalam setiap perbuatanku, menjadi muslimah yang berjaya dan juga sentiasa mahu berubah demi kebaikan dan jauhkanlah aku dari hiburan dunia yang melalaikan diriku ini..andai suatu hari nanti aku berjaya menjadi seorang jurutera, jadikanlah aku jurutera yang beriman di jalanmu..andai suatu hari nanti aku menjadi isteri kepada insan bernama lelaki jadikan lah aku isteri yang taat kepada suami iaitu isteri solehah..andai suatu hari nanti aku menjadi ibu..jadikan lah aku ibu yang berjaya mendidik anak-anakku ke jalanMu Ya Allah..iaitu ibu mithali..tetapi yang pasti Engkau jadikan lah aku anak yang solehah yang taat kepada ibu bapanya.. dan hamba yang diredhai Mu Ya Allah..dalam erti kata yang lain Muslimah yang berjaya didunia dan akhirat..


No comments:

Post a Comment